Friday 10 April 2009

Sblom nieh xpnah taw,skang dah taw! Huk3..

Salam sume.. Hari nieh aku nk citer kat hampa sume,ape yg aku dpt spnjang aku involved dgn subjek outdoor niehh... Kalu sume nak tau,sblm nieh aku pnh trauma 1 bnde nieh.. bnde tuh jadi mase aku kcik dlu.. maen dlm gelung longkang... Huh,mase kcik2 dlu aku nieh nkai ckit,penah la satu hari nieh aku maen2 lam tuh,pas2 tibe2 aku sesak nfas.. sib bek kwn aku ade mase tuh ade bwk aku kuar.. n ape yg aku nak citer kat sini,mase 1st camp mase wat aktvti blind trail,bnde nieh jadi kat aku.. bkn ssk nfas tpi msuk dlm lubang kecik smbl merangkak... mate dah la ttup mase tuh...mule2 aku igt aku nak give up dah sbb aku tkot,tpi aku cekalkan ati aku tuk truskn gak aktviti tuh n aku berjaye tmtkan aktvti tuh dgn slmat.. Amin.. ape yg aku nak gtaw skang nieh,aku rase dri aku dah smkin b'tmbah cnfident..Yeehhh!!hehehee.. N mcm2 lagi aku blaja spnjang kelas outdoor b'sma en.hisyam... Darpd yg aku xpnh tau,aku dah tau dah skang.. Thnxx a lot en.hisyam..! U'r really help a lot in many ways... Huhu... Wassllam..

Wednesday 8 April 2009

“Bosan2”

While sitting at your desk, lift your right foot off the floor and make clockwise circles with it. Now, while doing this, draw the number ‘6’ in the air with your right hand. What happen to your foot now???

Rileks jap..

Ni ade satu teka teki..dalam banyak2 benda, benda apakah yang makin dilihat makin jauh??teka jangan x teka..selamat menjawab k..

Pemuda Pewaris Bangsa

Golongan yang matang dalam mencorak hala tuju bangsa. Nasib bangsa kini di tangan pemuda. Ayuh bangsaku, perkebalkanlah benteng warisan kita agar kita tidak layu di tangan bangsa lain. Takkan Melayu hilang di dunia....

Berdosakah Bumi????

Persoalan ini patut menjadi isu yang perlu difikirkan semua orang yang hidup menumpang di alam ini. Bumi kini kian tandus akibat dari perbuatan manusia yang rakus. Sikap manusia yang tamak dengan hasil bumi dan hanya pentingkan periuk nasi sendiri semata2. Perlukah kita biarkan perkara begini terus berleluasa??Renung2kan lah...

Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan pengajaran

Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Apa yang lepas tu, kite jadikan teladan untuk ke hari tua kite. Jangan jadi seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Orang yang x reti ambil pengajaran dari pengalaman lepas. Jadi, apa tunggu lagi, berhijrahlah kita agar hari ni lebih baik dari semalam.

Extremely X Camp 2009 (Janda Baik)

Participants
Din Boat Ayed E’in Eddy Aiman Alip Azrai Pejai Iz
Yazid Sofi Bong Along Goku Kak Lin Eika Angah Sherry Ina
Rozy Leha Nadia Farah Zoey Darlene Shahrin Anis Fendi Qus
Marjana Fiha Firdaus Amir Hafiz Mazhan Rafi Amin Amri Fikri
Zul Hafizan Ina Dayah Fizah Ika Nurul Fatin Mas Boy
Iqbal Panjang Teging Muz Chia Fitri Acap Hakim Emi Akmal
Fadzril awin

Terima Kasih Daun Keladi, Panjang Umur Jumpe Lagi....

Terima Kasih Daun Keladi, Panjang Umur Jumpe Lagi....
Tamat la program Extremely X Camp 2009. Semua kenangan tersemat di hati sampai mati. Terima kasih kepada yang terlibat terutamanye kepada pensyarah Outdoor Recreation kiteorang iaitu En. Hisham Che Mat di atas bimbingan beliau. Terima kasih juga kepada Alumni yang juga ahli PERLU yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang program ini berlangsung. Tak dilupekan fesilitator dari pelajar ijazah SR 223 yang memberi dorongan semasa aktiviti dijalankan. Segala jase baik semua, amatlah dihargai. Sekarang, semuanye dah lepas. Semua terpakse berpecah mengikut haluan masing2. InsyaAllah,panjang umur kite jumpe lagi semua..sekian untuk final camp semester ini..Assalamualaikum..

Final day : Final Camp

Danh nak balik dah? Cepatnye rase 7 hari kat camp site ni. Rase sedih ade,seronok pon ade sebab nak tinggalkan camp site. Tapi apekan daya, kiteorang ade tugas lain yang menanti. Pagi tu, kiteorang kemaskan camp site mule dari pukul 3 pagi. Barang2 personal didahulukan sebelum khemah2 lain menyusul. Badan waktu tu jangan tanye ar, terlampau penat. Sempat tido 30 minit sebelum sambung keje. Sikit demi sikit camp site dikosongkan. Pukul 10 pagi, semua turun membantu untuk loading barang dalam lori. Tepat pukul 12 tengahari, kiteorang bergerak dari Janda Baik. Bas baru je bergerak, tibe2 mata aku terlelap. Yang aku terkejutnye, sedar2 je bas dah sampai di Kolej Kenanga/ Cempaka. Petang tu, kiteorang bersihkan semua alatan yang kiteorang gune semasa camping tu. Kata orang, pandai gune, pandailah simpan. Nasib baik cuaca baik ari tu. Mungkin kesan dari nama Janda Baik kot..

Sixth day : Final Camp

Pagi tu aku celik mata, tengok2 hari dah cerah. Lepas tu, aku bangun mencari kayu api. Sempat la jugak tanye keadaan kawan2 dari group lain. Tapi semua nampak letih selepas 5 hari memerah tenaga selesaikan aktiviti. Ape nak wat? Dah nasib badan. Balik pade cite malam tadi, satu kejadian yang aneh dan kelakar muncul. Lebih kurang jam 5, aku kejutkan kawan untuk tukar shift wat century. Tiba2 kawan aku bangun mengejut dan terus duduk di depan unggun api. Keadaan bertukar menjadi senyap seketika. Waktu tu, kawan aku bercakap seorang diri seolah2 tengah bercakap ‘ dengan kawan yang lain. Dia mengajak ‘kawan’nye tu untuk ke kelas swimming esoknye. Macam2 la yang keluar dari mulut di. Lalu kiteorang terus sedarkan kawan kiteorang tu. Lawak ade, takut pon ade. Maybe terlalu letih sangat kiteorang jadi camtu. Sampai aku pon melalut akibat badan yang terlalu letih. Hari makin senja, group kiteorang kuar dari hutan. Selesai aktiviti survival, kiteorang kene kemaskan diri untuk malam kebudayaan malam tu. Malam ni kire malam terakhir kiteorang di campsite sebab esok kiteorang gerak balik ke kampus. Malam tu macam2 games dan persembahan dari setiap group. X ketinggalan juge Alumni wat persembahan yang simple tapi menarik. Sekian untuk hari ni. Salam.......

Fifth day : Final Camp

Bangun2!!! Solat Subuh..tapi mata time tu rase macam ade gam la pulak. Pagi tu kiteorang wat aktiviti yang sama macam hari2 yang lepas. Selesai breakfast, turn group aku wat aktiviti Low Ropes Course. Satu bende yang baru dalam hidup aku. Lepas dah siap setting element, kiteorang kene wat semue element yang kiteorang setting tadi. Nampak senang, tapi agak susah tau. Aktiviti ni perlukan semangat yang tinggi, x kire dari segi kumpulan ataupun individu. Xde masalah bagi aktiviti ni sebelum kiteorang wat aktiviti rotation yang last iaitu Rafting. Pengalaman yang menarik bile wat aktiviti ni. Reka bentuk rakit, pasang rakit, naik rakit dan yang paling best,race!!!Agak happy ngan enjoy la time tu. Petang tu, kire lewat la jugak abih wat aktiviti sebab kiteorang kene wat aktiviti yang paling mencabar iaitu survival. Tepat pukul 10 malam, kiteorang semua bergerak dalam group masuk ke dalam hutan, Keadaan malam tu sejuk tanpa cahaya yang terang. Dah dapat tapak survival, kiteorang kene nyalakan api hanya berbekalkan 5 batang mancis api. Mengantok ade, sejuk pon ade. Tu la perassan aku malam tu. Ade cite lawak semasa aktiviti nie. Nak tau ape? Tunggu sambungannye....

Fourth day : Final Camp

Badan masih segar walaupun kurang air dalam badan. Tapi alhamdulillah, kesihatan hari tu agak baik dan memuaskan. Tenaga masih banyak nak sambung aktiviti kedua pagi ni iaitu Waterfall Abseiling. Sebelum nak sampai waterfall tu, kiteorang terpakse trekking dalam hutan. Jauh la jugak, ade la dalam 35 minit nak sampai. Sampai je kat kawasan waterfall tu, kiteorang ditunjuk ajar cara2 nak wat aktiviti ni. Sampai je turn aku, agak goyang time tu. Batu yang licin dengan air yang deras lagi menyusahkan aku untuk abseil. Tapi, dengan izinNya, aku selamat turun ke bawah tanpa ada kejadian yang x diingini. Tangahari tu, kiteorang balik semula ke camp site untuk solat Zuhur dan lunch. X sampai 10 minit rehat, terus kiteorang sambung aktiviti yang ketiga, Mountain Biking. Belom penah merasa kayuh basikal mendaki bukit. Tinggi bukit jangan tanya ar. Lepas naik, kene turun bukit pulak. Trek time tu agak licin, bahaya tu. Tapi, ape yang best time tu, group kiteorang yang paling cepat lengkapkan aktiviti tu..Bangga kjap..

Third day : Final Camp

Sama macam pagi semlam, Morning Run dalam 20 minit. Selesai je breakfast, kiteorang kene selesaikan tugas camp craft sebelum tengahari tu jugak. Tepat pukul 2.30 petang, aktiviti rotation yang pertama untuk final camp kali ni. Bagi kumpulan aku, Tasik Bera yang membawa trademark ‘Tasik Bera POWER’ membuat aktiviti kembara. Penat pusing satu kampung di Janda Baik, sibuk mencari petunjuk, diamanahkan dengan telur dan biskut, aktiviti2 masyarakat, tu semua terkandung dalam aktiviti Kembara. Dari petang tu kiteorang mule, sampai pukul 9.30 malam baru kiteorang selesai aktiviti tu..Penatnyeeeeeeeee....

Second day : Final Camp

Hari ni cume sambung aktiviti camp craft. Tapi pagi2 tu kiteorang kene wat aktiviti Malaysia Cergas atau lebih dikenali dengan Morning Run. Selesai jogging, kiteorang breakfast dan terus sambung aktiviti semalam yang x selesai lagi sepenuhnye. Cuaca petang tu kurang baik, hari mendung macam nak hujan. Alamak!!!! Hari tu, kontroversi pertame muncul. Kiteorang gempak dengan berita kehilangan seorang dari kawan kiteorang iaitu Saudara Iqbal. Kenape tu eh?Sebab ape boleh jadi camtu? Balik pada cite tadi, tugas hari ni nampak lebih baik dari semalam. Malm tu, kiteorang semue kene rendam dal kolam pada pukul 4 pagi. Disebabkan kesilapan yang x disengajekan dari 3 rakan kiteorang. Alah, ape ade hal? Ni la asam garam final camp kiteorang..

First day : Final Camp

First day : Final Camp
Cuaca yang agak baik. Hari yang ditunggu2 dah pon tibe. Sekarang, dah sampai mse untuk kiteorang bekerjasame wat tugas yang dah diberi. Perjalanan ke lokasi camp site mengambil mse selame 2 jam 30 minit. Mase yang ade tu kiteorang gune sepenuhnye untuk ‘recharge’ tenaga sebelum semua bekrja keras nanti. Sampai di camp site, semua sibuk memunggah barang turun dari lori sebelum semua berpecah ke tugas masing2. Rumput dipotong, lalang ditebas, khemah pusat dah naik, khemah dapur menyusul sebelum tugas2 yang lain selesai. Tapi kerja ari tu x lengkap semuanye sebab cuaca x mengizinkan. Boleh dikatakan kerja siap dalam 40% je. Hari dah gelap, nasib baik lampu bernyala dengan baik. Malam tu, kiteorang solat maghrib dan isyak berjemaah sebelum kiteorang wat bacaan yasin. Lepas pada tu, baru kiteorang dapat makan. Walaupun badan letih, tapi kami tetap steady untuk sambung tugas esok....