Wednesday 8 April 2009

First camp : 1st day....

Pagi sabtu, 14 Mac 2009. Kteorang smue b’kumpul seawal pkul 6 pagi di bus stop perindu..selesai solat subuh,kteorang smue menunggu ketibaan kawan2 kteorang dari Kolej Instedt,Johor..tepat pkul 8.30, 2 buah bas yang membawa semua peserta bergerak ke tempat perkhemahan kteorang iaitu Bukit Cahaya Seri Alam yang dulunye dikenali sebagai Bukit Cherakah.
Pkul 9 pagi kteorang smue loading barang2 untuk dibawa ke camp site..abih basah baju sebab berpeluh angkat barang..keadaan time tu agak kelam kabut jugak ar..masing2 sibuk dengan keje masing2..lepas tu aktiviti pertama kteorang ialah camp craft..kteorang dirikan khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan, khemah generator n khemah penempatan..keje2 kteorang nie smuenye settle tepat dalam pkul 3.30 ptg..agak lewat disitu sebab kteorang ade aktiviti untuk dijalankan petang tu..
Pkul 4,selepas selesai solat zuhur, kteorang smue mulekan aktiviti rotation kteorang yang pertama..Bagi kumpulan aku,aktiviti pertama ptg tu camp craft jgak..keje kumpulan aku cume nak kemaskan khemah2 dan hidupkan smue lampu keliling camp site..alhamdulillah, smue lampu berjaya dihidupkan..
Malam tu kteorang wat solat maghrib n isyak secara berjemaah..lepas tu,kteorang wat majlis bacaan yasin untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT..pkul 10 bru settle smue dan kteorang berkumpul dekat ampitheatre..dah settle ice breaking n management game,kteorang diarah untuk tdo kjap..
Penutup bagi aktiviti malam tu ialah nightwalk..kteorang wat 2 aktiviti sekaligus, solo drop dgn solo walk..aktiviti agak best sebab malam tu sejuk sangat2..aku nie dah la jenis yang x tahan sejuk..menggigil aku malam tu..aktiviti kteorang abih pkul 5 n kteorang trus stay untuk solat subuh..

No comments: