Wednesday 8 April 2009

Fourth day : Final Camp

Badan masih segar walaupun kurang air dalam badan. Tapi alhamdulillah, kesihatan hari tu agak baik dan memuaskan. Tenaga masih banyak nak sambung aktiviti kedua pagi ni iaitu Waterfall Abseiling. Sebelum nak sampai waterfall tu, kiteorang terpakse trekking dalam hutan. Jauh la jugak, ade la dalam 35 minit nak sampai. Sampai je kat kawasan waterfall tu, kiteorang ditunjuk ajar cara2 nak wat aktiviti ni. Sampai je turn aku, agak goyang time tu. Batu yang licin dengan air yang deras lagi menyusahkan aku untuk abseil. Tapi, dengan izinNya, aku selamat turun ke bawah tanpa ada kejadian yang x diingini. Tangahari tu, kiteorang balik semula ke camp site untuk solat Zuhur dan lunch. X sampai 10 minit rehat, terus kiteorang sambung aktiviti yang ketiga, Mountain Biking. Belom penah merasa kayuh basikal mendaki bukit. Tinggi bukit jangan tanya ar. Lepas naik, kene turun bukit pulak. Trek time tu agak licin, bahaya tu. Tapi, ape yang best time tu, group kiteorang yang paling cepat lengkapkan aktiviti tu..Bangga kjap..

No comments: