Wednesday, 8 April 2009

Esok dah kuarantin

Rase cepat je dah nak final camp. Segala persiapan nampak ade kemajuan. Tapi barang2 personal aku pon belom kemas lagi. Camne ni? Tapi xpe, kite kene cool je time2 camni sebab time menjelang final camp nie agak ‘panas’ ckit. Besa la tu kan? Sabar semua kawan2. Settlekan semua satu persatu..InsyaAllah, Tuhan akan bantu!!!

4 hari sebelum Final Camp

Segala2nye masih samar2. Banyak persediaan masih tertangguh atas sebab2 tertentu. Semua orang sedang sibuk dengan komitmen masing2. Pengarah Program dengan mintak tandatangannye, si gadis S/U dengan menaip suratnye. Tapi ape2 pun, semua orang nampak komited dengan tugas masing2. Yang selebihnye, masa banyak diluang di ruang stor untuk memeriksa dan mengasing barang2 yang nak dibawa nanti..Tu je

“Dayung,jangan x dayung”

Pengalaman kayak yang paling manis.First time merasa berkayak. Walaupun penat, tapi tu cukup untuk memuaskan hati sendiri. Berkayak tengah2 panas, capsize berkali2, rafting jangan cakap ar. Semangat kerjasama antara kawan2 penting bile kite berkayak di tempat yang lebih luas macam di laut. Ombak yang lebih besar dan ganas. Apa2 pun, kelas kayak ni kire jadi sejarah dalam hidup aku sebab x tau dapat merasa lagi ke x pengalaman macam ni..Sekian, jumpe lagi semua bloggerz..Salam.

“Ala –Ala Spiderman”

Mesti korang familiar dengan watak spiderman yang boleh turun bangunan dengan gune tali..sebenarnye bukan cite tu yang aku nak tulis dalam blog aku nie..ari selasa lepas kiteorang ade kelas abseiling..kelas nie diadekan di bukit belakang swimming pool uitm..tempat tu dipilih sebab keadaan die yang sesuai untuk kelas kali nie..
Pagi2 lagi kteorang dah mencanak dekat ampitheatre berdekatan kolej delima..lepas tu kteorang naik ke atas bukit untuk letak segala peralatan untuk aktiviti abseiling nie..pkul 8.30,kelas kiteorang bermule dengan pengenalan ringkas tentang alatan dari Encik Hisyam,lecturer kiteorang yang sememangnye berpengalaman luas dalam bidang outdoor nie..kteorang diajar tentang cara nak setting anchor di pokok yang dilihat sesuai..lepas tu kiteorang diajar cara2 nak lakukan aktiviti nie dengan cara yang betul dan selamat..saufee menjadi role-model kami pagi tu dengan gayanye yang cukup selamba..sebelum melakukan aktiviti tersebut,saufee membaca doa memohon keberkatan agar perjalanan kelas kteorang selamat hendakNya..
Selesai demo tersebut,kteorang berpecah dalam 4 group besar..group aku yang mulekan dlu disebabkan kteorang cepat bile setting anchor..sorang demi sorang turun dengan gaya classic..apabila sampai turn aku,hati aku agak berdebar dan cuak apabila aku melakukan ‘Australian Style” iaitu turun dengan muka mengadap ke bawah..takut tu takut la jugak,sape yang x takut first time aktiviti camni..alhamdulillah aku turun dengan selamat..
Kelas kiteorang settle dalam pkul 12.45 ari tu disebabkan nak bagi pelunag semua orang merasa untuk wat aktiviti ini..lepas tu,kteorang semua pegi ke stor rekreasi di kolej kenanga untuk kemas semula alatan yang kami gunekan..stkat nie je la coretan aku wat kali nie..k la,salam wat semua..

First camp : Last day..

Macam besa, tiap2 pagi kteorang akan wat malaysia cergas..pagi tu cuaca agak mendung..aktiviti kteorang cume 20 mnit je..dah settle aktiviti malaysia cergas,kteorang terus breakfast..msing2 isi perut msing2 sebab nak wat aktiviti terakhir kteorang untuk camping kali nie..bagi kumpulan aku,aktiviti kteorang ialah navigation..aktiviti nie agak mencabar sebab aktiviti nie perlu’n kemahiran membaca kompas dengan tepat untuk mengelak terlepas mencari point yang kteorang set..kteorang cume boleh set 10 point untuk kumpulan lain mencari point kumpulan kteorang..alhamdulillah, kesemua point kteorang dapat cari dalam mse yang agak singkat..aktiviti kiteorang kali nie selesai dalam pkul 12.30..
Tibe mse untuk kiteorang mencekik sebelum kiteorang tinggalkan camp site..kiteorang diarah mengemas semula camp site sepertimane sebelum kiteorang masuk ke dalam kawasan berkenaan..selesai loading barang,kiteorang semua berkumpul di ampitheatre untuk majlis penutup ringkas..lepas tu, kiteorang semua beratur untuk pose bagi gambar kenang-kenangan..perasaan time tu agak sedih ar jugak sebab dah 3 hari kiteorang b’kumpul same2..kenangan pahit dan manis xkan kulupa’n sampai bila2..terima kasih blogawan n blogawati sebab sudi membaca blog aku kali nie..insyaAllah panjang umo kite jmpe lagi yea..salam

First camp : 2nd day...

Pagi tu kteorang wat aktiviti malaysia cergas..fesi yang lead senamrobik pagi tu ialah Cik Ecah dgn Cik Azimah..smpai kteorang berpeluh baru aktiviti tu abih..lepas tu kteorang breakfast sebelum nak wat aktiviti rotation yang kedua..aktiviti untuk kumpulan aku pagi tu ialah blind trail..aktiviti nie antara aktiviti yang paling best bagi aku..kteorang terpakse merempuh pelbagai halangan termasuk longkang, kolam lintah dan denai yang penuh dengan lumpur..abih kotor aku pagi tu, tapi aku tetap enjoy dgn aktiviti tu..learning value kat sni ialah kte patut b’syukur dengan anugerah mata yang Allah bagi kat kte smue..jangan pandang ape yang tak patot dipandang..gunekan la mata sebaik mungkin sebelum Tuhan tarik balik anugerah Dia tu..
Hari beransur petang, tiba la aktiviti ketiga kteorang iaitu orienteering..aktiviti nie kire yang paling penat sekali sebab kteorang terpakse mencari control card sekitar kawasan camp site kteorang..walaupun penat, tapi aku puas sebab dapat cari kesemua control card..malangnye wat kawan sekumpulan aku iaitu Bob dan Aiman yang x dapat nak abihkan saingan..tapi xpe,aku nasihatkan dieorang supaye cube lagi lain kali..mungkin xde rezeki kali nie..
Malam menjelma,aktiviti berhenti setakat petang..malam tu kiteorang diarah untuk bergerak ke surau untuk mendengar taklimat ringkas dan seterusnye kelas first aid..kelas nie diketuai oleh ahli Alumni kteorang yang agak peramah iaitu Encik Mazlin..kteorang diajar dengan macam2 cara apabila berada dalam situasi kecemasan..harap2 kelas nie dapat memberi ilmu yang bergune untuk digunapakai kelak..ingat,bak kata Encik Mazlin,”keselamatan diri sendiri perlu diutamakan”!!!!!!!

First camp : 1st day....

Pagi sabtu, 14 Mac 2009. Kteorang smue b’kumpul seawal pkul 6 pagi di bus stop perindu..selesai solat subuh,kteorang smue menunggu ketibaan kawan2 kteorang dari Kolej Instedt,Johor..tepat pkul 8.30, 2 buah bas yang membawa semua peserta bergerak ke tempat perkhemahan kteorang iaitu Bukit Cahaya Seri Alam yang dulunye dikenali sebagai Bukit Cherakah.
Pkul 9 pagi kteorang smue loading barang2 untuk dibawa ke camp site..abih basah baju sebab berpeluh angkat barang..keadaan time tu agak kelam kabut jugak ar..masing2 sibuk dengan keje masing2..lepas tu aktiviti pertama kteorang ialah camp craft..kteorang dirikan khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan, khemah generator n khemah penempatan..keje2 kteorang nie smuenye settle tepat dalam pkul 3.30 ptg..agak lewat disitu sebab kteorang ade aktiviti untuk dijalankan petang tu..
Pkul 4,selepas selesai solat zuhur, kteorang smue mulekan aktiviti rotation kteorang yang pertama..Bagi kumpulan aku,aktiviti pertama ptg tu camp craft jgak..keje kumpulan aku cume nak kemaskan khemah2 dan hidupkan smue lampu keliling camp site..alhamdulillah, smue lampu berjaya dihidupkan..
Malam tu kteorang wat solat maghrib n isyak secara berjemaah..lepas tu,kteorang wat majlis bacaan yasin untuk mendapat keberkatan dari Allah SWT..pkul 10 bru settle smue dan kteorang berkumpul dekat ampitheatre..dah settle ice breaking n management game,kteorang diarah untuk tdo kjap..
Penutup bagi aktiviti malam tu ialah nightwalk..kteorang wat 2 aktiviti sekaligus, solo drop dgn solo walk..aktiviti agak best sebab malam tu sejuk sangat2..aku nie dah la jenis yang x tahan sejuk..menggigil aku malam tu..aktiviti kteorang abih pkul 5 n kteorang trus stay untuk solat subuh..

Enjoyable Orienteering!!!!!

Salam,berjumpe lagi kte dalam blog..ok,first of all aku nak cite kat korang tentang pengalaman aku dalam kelas orieentering baru2 nie..kelas nie diadakan di Stadium Uitm..tepat pkul 8.15,kteorang semua berkumpul untuk menunggu ketibaan lecturer kteorang iaitu Encik Hisyam..
Kelas pagi tu bermula dengan taklimat ringkas dari Encik Hisyam tentang sejarah orienteering di malaysia..lepas tu, kteorang diajar tentang anatomy kompas dan cara penggunaannye..macam2 yang dipesan Encik Hisyam untuk mengelak kiteorang membuat kesilapan waktu nak cari bearing..
Tutorial pertama kteorang bermule dengan mencari bearing tiang lampu limpah di sudut padang..bagi aku yang first time gune kompas,agak kekok untuk mencari bearing dengan tepat..tapi dengan tunjuk ajar dari Encik Hisyam,aku dah dapat cara yang betul untuk cari bearing..easy and simple bak kate orang putih..lepas tu kteorang kene set 5 control card n wat lakaran set kteorang..dah settle smue,kteorang kene tukar set dengan kumpulan lain..dan kumpulan aku strat play untuk cari control card kumpulan lain..
Kelas kteorang ari tu abih pkul 1.15..walaupun pnas terik n letih, tapi kteorang tetap mampu gelak disebabkan lawak dari kumpulan lain..akibat silap sendiri,disalahkan orang lain..akhirnye diri sendiri yang dapat malu..ok la,kte jumpe lagi yea..salam sayang wat semua..

Friday, 6 February 2009

Penat tapi Puas

jangan salah paham..sbnarnye cite nie pasal kelas orienteering kteorag ari selasa lepas..kelas kteorang diadakan dekat stadium uitm..kelas start pkul 8.30 pgi sampai pkul 12.30..kteorang blajar tentang nak cari utara peta dan cara sebenar nak guna kompas..semua ilmu nie boleh dikatakan sebagai persediaan kiteorang sbelum first camp start esok pagi kat bukit cherakah..maybe secara keseluruhannye,kelas nie adalah practical dan kiteorang ade event yang besar waktu kat first camp nanti..setelah 4 jam kelas kiteorang,saya dapat moral learning kat sini..iaitu self confidence,semangat dan thinking smart waktu kiteorang tengah wat orienteering nie..ape2 pon,saya rse puas dapat join kelas nie even 4 jam klas kiteorang..sekian sje cite saya wat kali nie..salam

Wednesday, 21 January 2009

apa dah jadi???

semalam,kiteorang ade kelas camp craft kat padang perindu..lecturer yang guide kiteorang semestinye En. Hisyam..n dia dibantu oleh Abang Mus N Abang Malin..kiteorang diajar bagaimana nak pasang khemah jenis yang berlainan..walaupun kelas kiteorang tu dalam keadaan serba kekurangan,tapi tu boleh wat sebagai persediaan kiteorang untuk first camp nie kat bukit cherakah awal bulan 2 nie..anything berjalan sperti yang dirancang,cume masa yang kiteorang ambik tu terlalu panjang..maybe sebab kekurangan pengalaman untuk wat semua nie kiteorang jadi camtu..so,hope kiteorang dapat baiki semua nie dalam first camp nie..ayuh kawan2,kite buat something yang orang boleh bangga dengan kita..jangan wat orang malu sebab kite..chayok2

Thursday, 15 January 2009

LArGe ArM SLinG

macam ni cerite die,selasa ari tu kiteorang masuk kelas En.Hisyam..first aid class..best jugak time dalam kelas ari tu..En. Hisyam ajar kiteorang mcm2 cara nak gune triangular bandage@kain anduh la orang slalu sebut..yang lawaknye,ramai yang En.Hisyam pggil untuk demonstrate jadi mangsa untuk kelas nie..ade yang kene ikat macam mayat pon ade..harap2 x jadi la bende2 macam tu yek..tapi nie kire first time la jugak saya involve dalam class first aid nie..

Thursday, 8 January 2009

help me.....

sape2 yg boleh tolong saya,amat di alu2 kan..
camni cite die,saya dilantik untuk pegang jawatan ketua biro keselamatan untuk first camp di bukit cerakah n final camp di pulau pangkor..so,saya mintak tolong kepada sape2 senior saya yang ade pengalaman tentang tugas saya nie..tolong yea..sekian,terima kasih

Wednesday, 7 January 2009

knotting class!!!!!

semalam kteorang study about knotting..best jugak kelas tu..even 4 jam kat dalam kelas,tp kteorang semue enjoy dengan kelas lead by encik hisyam..yang bestnye,encik hisyam siap bawak 'bonzer' datang kelas kteorang smata2 nak ajar pasal knotting..hahahaha

Wednesday, 31 December 2008

taaruf

2nd day kat sini...
banyak lecturer yang aku dah kenal..
En. Norazhan,En.Azizul n Cik Maizura..
hepy dapat kenal dieorang..
sporting orangnye..
agak friendly la..
so,aku kene hardwork bile study ngan dieorang nnti..

Tuesday, 30 December 2008

first day semester 2

bengang gak kene bangun pagi2..
dah sampai klas,lecturer baru masuk..
Hisyam Che Mat name die..
die mengajar course outdoor recreation..best jugak
die cite pasal persediaan first camp n final camp..
aku enjoy dengan smue cite die..